Penghulu Naning Kerajaan_Naning

Jawatan Penghulu atau Undang Naning dikatakan mula diwujudkan setelah Melaka diambil alih oleh Belanda daripada Portugis pada tahun 1641 dan Naning dikira termasuk dalam pengaruh Belanda. Jawatan tersebut diwujudkan atas cadangan pihak Belanda dan dipilih oleh penduduk Naning.[3][4] Namun demikian, penulisan Shahba (1951) memerihalkan bahawa Naning mempunyai 11 orang penghulu sebelum YAM Dato' Megat Alam Melintang dan ini bermakna jawatan Penghulu Naning bukannya wujud pada zaman Belanda tetapi jauh lebih lama lagi. Walaupun bergelar penghulu tetapi taraf Penghulu Naning boleh dianggap menyamai Raja-raja Melayu kerana pengaruh yang dimiliki Penghulu Naning adalah besar ketika zaman silam. Justeru, dibawah merupakan nama-nama Penghulu Naning yang dicatatkan daripada pihak Belanda, Inggeris dan kini.

Bil.Nama Penghulu NaningTahun PemerintahanJumlah Tahun Memerintah
1.YAM Dato' Megat Alam Melintang1641 - 167130 Tahun
2.YAM Dato' Megat Junjungan Limau1671 - 170130 Tahun
3.YAM Dato' Juara Megat

(Pemangku Posako Dato' Naning)

1701 - 17054 Tahun
4.YAM Dato' Kokah @ Azahari1705 - 176560 Tahun
5.YAM Dato' Gahang Berbulu1765 - 177510 Tahun
6.YAM Dato' Selamat Idris1775 - 17805 Tahun
7.YAM Dato' Timba1780 - 17866 Tahun
8.YAM Dato' Anjak Bin Dol Mat1786 - 179913 Tahun
9.YAM Dato' Abdul Said Bin Omar @ Dol Said1799 - 184950 Tahun
10.YAM Dato' Idas1849 - 187021 Tahun
11.YAM Dato' Muhammad Salleh @ Arab1870 - 190030 Tahun
12.YAM Dato' Ranting Bin Haji Tahir1900 - 19011 Tahun
13.YAM Dato' Hassan Bin Sulong1901 - 191615 Tahun
14.YAM Dato' Omar Bin Hassan1918 - 19236 Tahun
15.YAM Dato' Arsyad1923 - 19318 Tahun
16.YAM Dato' Othman Bin Kering1932 - 19408 Tahun
17.YAM Dato' Che Lah Bin Mohd Sah1942 - 19497 Tahun
18.YAM Dato' Mohd Shah Bin Mohd Said1951 - 200453 Tahun
19.YAM Dato' Abdul Latif Bin Hashim2004 - 20128 Tahun
20.YAM Dato' Mohd Salleh Bin Md. Som2012 - 20131 Tahun
21.YAM Dato' Nordin Bin Abd Jalil2013 - kini